Perang poster makin hangat

© Provided by Berita Harian Selain berkempen, ahli Sherrylicious Fan Club memastikan undian dilakukan konsisten. bhhip@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Sebaik pusingan pertama undian Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 dibuka minggu lalu, perang poster digital antara individu dan kelab peminat melalui media sosial, makin rancak.

Sejak proses undian calon kategori utama dan online ABPBH dilaksanakan 100 peratus atas talian pada 2017, penggunaan platform digital terutama media sosial dalam kempen meraih undi calon dan mempromosikan acara anugerah ini, meningkat setiap tahun.

Kali kedua dianjurkan pada era pandemik COVID-19, penyokong termasuk ahli kelab peminat atau ‘FC’ dilihat sudah membiasakan diri mempromosi dan melobi calon ABPBH 34 melalui penerapan norma baharu termasuk pergantungan kepada media sosial sebagai kaedah paling selamat mendekati kumpulan sasaran.

Tidak hairanlah, sejak 10 September lalu, sebaik undian peringkat pertama ABPBH 34 dibuka, perang poster calon awal acara anugerah ini mula dilihat dengan masing-masing melakukan gerak gempur memastikan artis pujaan mara ke peringkat Top 5.

Bukan sekadar poster kreatif, kreativiti peminat diserlahkan lagi dengan perkongsian video atau foto yang diiringi lagu latar, tanda pagar #ABPBH34 dan tema #KITABERSAMA yang diangkat pada edisi ke-34 acara anugerah pilihan peminat paling lama bertahan di Malaysia ini.

BH mendapatkan reaksi beberapa kelab peminat yang tidak putus-putus berkempen memastikan artis pujaan mereka mara ke peringkat Top 5, sekali gus melakar kejayaan pada malam kemuncak ABPBH 34 yang bakal diadakan pada 13 November depan.

Bagi kelab peminat artis serba boleh, Sherry Alhadad, strategi sama diatur kali ini bagi memastikan artis kesayangan mereka bolos Top 5.

Presiden dan Pengurus Sherrylicious Fan Club (FC), Wan Rohaya Wan Azmi, berkata selain berkempen, ahli kelab memastikan undian dilakukan konsisten.

“Strategi kami masih sama seperti tahun lalu. Kami ada pasukan yang fokus kepada undian harian dan akan sentiasa mencari jalan untuk menambahbaik proses itu.

“Selain itu, kami berkempen dan mengajak peminat Sherry sama-sama mengundinya. Dalam menyediakan poster digital, kami bagaimanapun tidaklah selalu di hadapan.

“Namun, kami masih melakukannya untuk menyemarakkan ABPBH 34. Ini juga bukti sokongan tidak berbelah bahagi kami kepada Sherry,” katanya.

Pada ABPBH 34, Sherry tersenarai sebagai calon awal lima kategori iaitu Pelakon Filem Popular, Pengacara TV Popular, Artis Versatil Popular, Artis Komedi Popular dan Gandingan Serasi Filem Popular bersama Azhan Rani menerusi filem Bikin Filem.

Pada ABPBH 33, Sherry menang kategori Pengacara TV Popular dan Artis Komedi Popular.

Wan Rohaya berkata, kelab akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan Sherry berada pada kedudukan selesa dan mara sebagai finalis ABPBH 34.

“Soal kemampuan Sherry mengekalkan dua trofi dimenangi tahun lalu, kami berserah. Disebabkan Sherry tercalon dalam lima kategori tahun ini, kami akan cuba sehabis baik dan bertawakal.

“Menang atau kalah, kami tetap bersama Sherry. Namun, kalau menang, itu sudah dianggap bonus buat kami… Insya-Allah,” katanya.

Presiden Siti Nordiana FC, Mohd Zuhdi Zainul Abidin berkata, ahli kelab mengekalkan strategi memastikan kemaraan artis versatil itu seperti tahun sebelumnya.

“Berhubung soal perancangan dan strategi, tiada perubahan dibuat kali ini. Cuma, pada era pandemik, kami selalu mengadakan pertemuan virtual bersama peminat.

“Melalui cara itu, kita berkempen untuk meraih undi. Kaedah ini lebih mendekatkan ukhuwah antara peminat Siti Nordiana.

“Strategi kami bersandarkan kepada kekuatan dan semangat penyokong yang sentiasa gigih berusaha demi memastikan undian buat Siti Nordiana,” katanya.

Mohd Zuhdi berkata, Siti Nordiana FC juga antara kelab peminat yang agresif dalam perang poster demi memastikan kejayaan artis pujaan.

“Memang kami antara FC yang bersemangat dalam perang poster. Terima kasih buat semua pasukan SitiNordiana FC atas usaha dan inisiatif diambil.

“Ada yang buat poster kreatif sendiri biarpun tiada kepakaran dalam bidang rekaan grafik,” katanya.

Mohd Zuhdi berkata, kelab melancarkan tanda pagar #inilahmasanya sebagai laungan keramat dalam meraih sokongan terhadap Siti Nordiana yang berentap dalam kategori Penyanyi Wanita Popular dan Artis Versatil Popular.

“Bukan senang untuk mengekalkan kemenangan lalu. Namun, kami mesti cuba sedaya upaya. Selebihnya, kami berdoa dan bertawakal… Semua yang berlaku adalah atas izin-Nya,” katanya.

Sementara itu, Presiden Khai Bahar Empire (KBE), Sarhan Ezani, berkata gerak gempur undian awal dilakukan dalam pelbagai platform termasuk kumpulan WhatsApp dan Telegram.

“Seperti tahun sebelumnya, sebagai strategi awal, kami cuba undi sebanyak mungkin untuk memastikan Khai berada dalam kelompok Top 5.

“Kami berkempen dan melakukan gerak gempur setiap hari. Kelab juga mula berkempen melalui poster sejak pencalonan dibuka.

“Poster ini bukan dari Ahli Jawatankuasa (AJK) FC sahaja, malah, ahli biasa ambil inisiatif sendiri mencipta poster untuk memeriahkan kempen ABPBH 34 di Instagram (IG), Facebook (FB) dan Twitter,” katanya.

Sebelum ini, Khai pernah melakukan hatrik mengekalkan trofi Penyanyi Lelaki Popular sejak edisi ke-30 ABPBH sebelum dirampas Haqiem Rusli, tahun lalu.

Pada ABPBH 33, Khai menang kategori Artis Duo Popular bersama Siti Nordiana menerusi lagu Satukan Rasa.

Pada ABPBH 34, Khai menjadi calon awal kategori Penyanyi Lelaki Popular dan Artis Duo Popular bersama Aina Abdul untuk lagu Nafas Cinta.

Bagi Presiden DJ Lin Followers, Tuan Auzan Tuan Kamaluddin, usaha dipergiatkan bagi memastikan penyampai radio Suria FM, DJ Lin sekali membawa pulang trofi Penyampai Radio Popular.

“Selepas mendapat tahu DJ Lin tercalon, berita gembira itu dikongsi bersama semua ahli jawatankuasa (AJK) DJ Lin Followers.

“Perkara ini turut dihebahkan kepada semua peminat DJ Lin melalui platform media sosial seperti IG, Twitter dan FB.

“Kami kemudian membuka kumpulan WhatsApp untuk membincangkan strategi undian berdasarkan syarat dan peraturan yang ditetapkan penganjur ABPBH 34,” katanya.

Tuan Auzan berkata, kelab merangka strategi dengan menubuhkan dua pasukan di mana masing-masing mempunyai misi berbeza dalam memastikan undian secara optimum.

“Satu kumpulan memberi fokus kepada undian melalui peranti Xiaomi manakala satu kumpulan melakukan kerja-kerja undian percuma,” katanya.

Tuan Auzan berkata, mereka bekerja keras bagi memastikan DJ Lin bolos calon Top 5.

“Kemenangan DJ Lin adalah kebahagiaan kami sebagai pengikut setia dan peminat tegar DJ Lin serta Suria Cinta.

“Semua peminat setia DJ Lin pasti bertungkus-lumus dan bekerja keras dalam memastikan rezeki, nasib serta tuah sekali lagi berpihak kepada DJ Lin.

“Sama-sama kita berdoa dan berusaha untuk memastikan DJ Lin sekali lagi berjaya dinobatkan sebagai Penyampai Radio Paling popular pada ABPBH 34.

“Jika hasrat kami menjadi realiti, ini adalah rezeki berganda buat DJ Lin selepas merangkul trofi Anugerah Penyampai Radio Paling Dipercayai di Malaysia untuk 2021 anjuran Majalah antarabangsa, Reader’s Digest,” katanya.

Sementara itu, Ketua Urus Tadbir Miralegacy, Ross Harun, berkata strategi diatur agar pelakon dan pengacara, Mira Filzah yang pernah merangkul trofi Bintang Paling Popular ABPBH 32 mara sebagai calon Top 5.

“Alhamdulillah, Miraclegacy teruja dan bersyukur atas empat pencalonan diterima Mira melalui penampilan dalam drama Bidadari Kiriman Tuhan dan Adellea Sofea kali ini.

“Sebaik mendapat tahu undian dibuka sejak 10 September lalu, kami tanpa berlengah mengerah tenaga untuk mengundi Mira melalui setiap saluran,” katanya.

Bagaimanapun, Miralegacy tidak menaruh harapan tinggi untuk artis kesayangan membawa pulang trofi. Sebaliknya, menang atau kalah, mereka mahu terus menyokong Mira.

“Untuk ABPBH 34, Miraclegacy tidak meletakkan apa-apa harapan. Kami sangat memahami prinsip dan pegangan Mira iaitu apa juga anugerah atau pengiktirafan yang diperoleh, harus selari dengan kejayaan sesuatu produk atau drama yang dibintangi.

“Kami akan sentiasa memberikan sokongan padu demi kelancaran dan kejayaan karier Mira dalam industri seni seperti slogan Miraclegacy iaitu ‘Together We Strong’,” katanya.

Mira Filzah dicalonkan dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular, Pengacara TV Popular, Artis Versatil Popular serta Gandingan Serasi Drama Popular menerusi dua drama iaitu Bidadari Kiriman Tuhan bersama Zul Ariffin dan Adella Sofea bersama Ungku Ismail.

Penaja utama ABPBH 34 adalah Xiaomi.

Undian peringkat pertama ABPBH 34 dibuka sejak 10 September lalu sehingga 3 Oktober depan.

Sebanyak 14 kategori utama dan enam kategori online dibuka. Bagaimanapun, dua kategori online, iaitu Artis TikTok Popular dan Anugerah FANtastik Popular akan dibuka, bulan depan.

Layari www.abpbh.com.my untuk mengundi artis pilihan anda.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Internet Explorer Channel Network
News Related

OTHER NEWS

Emma Raducanu urged to rehire coach she split with after US Open success

Emma Raducanu has been encouraged to re-hire the coach that helped her during her run to US Open glory. The teen parted ways with Andrew Richardson after making history at ... Read more »

Cleo Smith: $1m reward offered for information about four-year-old girl missing from Australian coastal town

Cleo Smith was last seen in her family's tent at about 1.30am on Saturday at the remote Blowholes Shacks campsite in coastal town Macleod with police saying they hold "grave fears" for her safety. Read more »

Watch: Timo Werner misses another incredible sitter for Chelsea v Malmo

© PA Images Timo-Werner-Chelsea-October-2021 Chelsea‘s German striker Timo Werner has cultivated a terrible reputation for profligacy in his time at Stamford Brige – and a miss against Malmo in the ... Read more »

Hybrid Ford Maverick Gets 42 MPG City: EPA

It seems the 2022 Ford Maverick is a hit in the making. It’s cheap, it’s gotten good reviews, and its fuel economy was initially reported by Ford to be well ... Read more »

Quiz: Did these 25 Oxford United transfers actually happen?

© Provided by Football League World Kassam Stadium Oxford Picking up 21 points from their opening 13 games of the season, Oxford United find themselves a point shy of the ... Read more »

Ford Maverick Hybrid Nabs 42-MPG EPA City Fuel-Economy Rating

© Car and Driver The feds’ official estimates also show 33 mpg on the highway and 37 mpg combined. The base model of the upcoming 2022 Ford Maverick pickup is ... Read more »

‘She Didn't Run Away, Someone Took Her,' Cops Tell Mom of Missing 4-Year-Old

© Provided by The Daily Beast W.A. Police handout Six days after 4-year-old Cleo Smith disappeared on a family camping trip, police now say she was likely snatched from the ... Read more »

Hong Kong to admit more doctors trained abroad

Hong Kong passed a new law on Thursday allowing overseas-trained doctors to practice without passing a local licensing exam, a move criticised by some who fear it will lead to ... Read more »

Bayern boss Nagelsmann tests positive for Covid-19

© Associated Press Julian Nagelsmann will travel back to Germany separately Bayern Munich boss Julian Nagelsmann has tested positive for Covid-19 after missing Wednesday’s Champions League win over Benfica. Nagelsmann ... Read more »

Cleo Smith: Australian authorities offer A$1 million reward for missing 4-year-old

The Western Australian government has offered a 1 million Australian dollar ($750,000) reward for information that leads to the whereabouts of a 4-year-old girl missing for six days in a ... Read more »

Amanah akan ketuai kempen PH di Melaka

© Provided by MalaysiaNow Pakatan Harapan (PH) hari ini berkata bekas ketua menteri Melaka Adly Zahari akan mengetuai kempen gabungan itu dalam pilihan raya negeri (PRN) yang akan dilaksanakan November ... Read more »

SC says it withdrew case after lawyer forfeited RM900,000

© Provided by Free Malaysia Today Senior corporate lawyer Sreesanthan Eliathamby paid the sum as part of a regulatory settlement agreement with the Securities Commission. (Facebook pic) PETALING JAYA: The ... Read more »

Mahkamah Tinggi benar pendakwaan cabar kredibiliti Rosmah

© Provided by Free Malaysia Today Rosmah Mansor di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Keterangannya dalam perbicaraan rasuah terhadapnya boleh diketepikan jika didapati ada percanggahan material. KUALA LUMPUR: ... Read more »

10 new men's watches that are designed to shine

© Provided by The National The Chanel J12 Electro. Photo: Chanel Now that we have things for which to dress, which watch will impress? Back when penguin suits were required, ... Read more »

Pemandu jengkaut terperangkap arus deras diselamatkan

© Provided by Sinar Harian ALOR SETAR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menyelamatkan seorang pemandu jengkaut yang terperangkap di seberang sungai dalam kejadian arus deras akibat hujan ... Read more »

Daka dalam kelas tersendiri

© Provided by Sinar Harian PATSON Daka tampil menjaringkan empat gol ketika membantu Leicester City bangkit ketinggalan dua gol untuk menewaskan Spartak Moscow dalam perlawanan Liga Europa di Stadium Spartak ... Read more »

Tidak kompromi isu gangguan seksual, diskriminasi wanita, Astro Warna mohon maaf

HEBOH diperkatakan mengenai berkaitan babak perkosaan , saluran Astro Warna tampil memohon. Baru-baru ini tular di pelbagai platform media sosial sebuah klip video yang memaparkan salah sebuah rancangan terbitan Astro ... Read more »

Guru Kafa enggan divaksin akan diberi penerangan kali kedua

© Provided by Sinar Harian SHAH ALAM – Seramai 130 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) di Selangor yang enggan menerima vaksin Covid-19 akan dipanggil semula bagi sesi penerangan ... Read more »

High Court allows prosecution to start impeachment bid on Rosmah

© Provided by The Edge KUALA LUMPUR (Oct 21): The High Court on Thursday (Oct 21) allowed the prosecution to commence impeachment proceedings against Datin Seri Rosmah Mansor over alleged ... Read more »

Accidental shot from Chicago officer wounds 2 other police

LYONS, Ill. (AP) — An officer accidentally fired his handgun during a struggle while police were making arrests in suburban Chicago, wounding two other officers, authorities said. Chicago officers spotted ... Read more »

EU summit to load pressure on Poland over rule of law

1 / 3Belgium EU SummitEuropean Commission President Ursula von der Leyen, right, greets Spain’s Prime Minister Pedro Sanchez at EU headquarters in Brussels, Thursday, Oct. 21, 2021. (Olivier Hoslet, Pool ... Read more »

Why banning anonymous accounts online won't work — and Succession's beautiful flaw

(Natasha Pszenicki) There is little that links the killing of MP Sir David Amess by a suspected terrorist to the behaviour of anonymous accounts online. Yet this is where the ... Read more »

Welsh NHS boss warns of ‘hard period ahead' as winter looms

The Welsh NHS is facing one of the hardest winters it will have ever faced, its chief executive has warned. Dr Andrew Goodall said the dual challenge of the Covid-19 ... Read more »

NATO weighs Afghan lessons in waging major ops abroad

1 / 4Belgium NATO Defense MinistersUnited States Defense Secretary Lloyd J. Austin III, right, poses with Spain’s Defense Minister Maria Margarita Robles Fernandez prior to a bilateral meeting at NATO ... Read more »

Guevarra: Provision on vaccine cards as requirement for education, employment being studied

Justice Secretary Menardo Guevarra. Screenshot from PCOO video The provision in the COVID-19 Vaccination Program Act of 2021, which indicates that vaccine cards are not required in employment purposes, is ... Read more »

Palace: Case build up in drug war killings proves gov't ready to crack whip vs. erring cops

Palace spokesperson Harry Roque at Oct. 6, 2021 briefing Malacañang said Thursday the Justice department’s referral of 52 drug war killings during police operations to the National Bureau of Investigation ... Read more »

Susanna Reid grills MP on lack of mask-wearing in 'jam packed House of Commons'

Susanna Reid did not hold back on Thursday’s Good Morning Britain as she grilled one MP on the lack of masks being worn in parliament this week. The mother-of-three and ... Read more »

Visually impaired woman ‘screamed at' after asking man to stop stroking her guide dog

A prominent disability influencer who is visually impaired was “screamed at” by a man after she politely asked him to stop petting her guide dog. © 71% of guide dog ... Read more »

Evening Standard editor Emily Sheffield quits after just 15 months

© Provided by The Telegraph Emily Sheffield The editor of the London Evening Standard is stepping down after just 15 months in the role, in the latest upheaval for a newspaper ... Read more »

Lorry plunges into Bristol city centre harbour

© PA bristollorry211021 A lorry has fallen into the harbour in Bristol city centre. Emergency services were called to the scene early on Thursday after the HGV ended up partially ... Read more »

Anthropologie's Black Friday deals 2021: What to expect this November

AFTER the eclectic vibe of Anthropologie's women's fashion this Black Friday? If you can't get enough of the US brand, you can save a fortune when you shop during the ... Read more »

I fell through the floor of my hell-hole council flat – I'd rather sleep on a park bench

A MAN fell through the floor of his council flat after spending months living in squalid conditions. Things have got so bad for Simon Lebeau that he says he would ... Read more »

Florence Masebe: I still want to play a witch or down-and-out roles

© Provided by 702 South African veteran actress Florence Masebe says followed her passion and studied Drama at UCT despite being advised against it. Speaking to Clement Manyathela of the ... Read more »

Alexandre Lacazette: Arsenal striker remains motivated amid contract uncertainty, insists Mikel Arteta

Alexandre Lacazette had a "contagious" influence in the Gunners' 2-2 draw over Crystal Palace but he has been largely restricted to substitute appearances this season; watch Arsenal vs Aston Villa live on Sky Sports Premier League and Main Event from 7pm on Friday; kick-off 8pm Read more »

Kim Seon Ho, 'di na kasali sa dalawang pelikula matapos ang isyu ng forced abortion

© Kim Seon-ho Instagram account Kim Seon-ho IG Hindi na makakasama ang “Hometown Cha-Cha-Cha” star na si Kim Seon Ho sa dalawang pelikula matapos ang kontrobersiya sa kaniya tungkol sa forced abortion. ... Read more »

COVID-19: Why ministers won't talk about Plan B, let alone Plan C

The health secretary has insisted there is still no need for the Plan B measures set out in the government's COVID winter plan. But one element of that plan is to encourage more cautious behaviour, and Mr Javid did take a step towards that yesterday. Read more »

LGUs, other health centers included in Phase 2 of pediatric vaccination —Duque

A medical worker prepares to administer a second vaccination injection against the coronavirus disease as Israel continues its national vaccination drive, during a third national COVID-19 lockdown, at Tel Aviv ... Read more »

Philippine military opens exercises on cyber defense, internal security

© AFP Philippine military opens exercises on cyber defense, internal security The Armed Forces of the Philippines (AFP) on Thursday officially opened its annual unilateral exercise, AFP Joint Exercise (AJEX) ... Read more »

Northern white rhino retired from world-first breeding project

Scientists attempting to bring back the near-extinct northern white rhinoceros announced Thursday they would stop harvesting eggs from one of two remaining live specimens involved in an unprecedented breeding programme. ... Read more »

10 Things in Politics: Dems stall on voting rights

Welcome back to 10 Things in Politics. Sign up here to receive this newsletter. Plus, download Insider’s app for news on the go – click here for iOS and here ... Read more »
On free-english-test.com you will find lots of free English exam practice materials to help you improve your English skills: grammar, listening, reading, writing, ielts, toeic