© Provided by Berita Harian bhrencana@bh.com.my
TREND pekerja bersara awal semakin meningkat sebenarnya merunsingkan lebih-lebih lagi membabitkan golongan profesional dan berkemahiran tinggi yang menjadi tulang belakang pembangunan negara.
Persaraan awal dalam kalangan golongan profesional berpengalaman, berkemahiran tinggi dan terlatih serta memiliki kelayakan akademik dalam bidang tertentu merugikan negara kerana sumbangan amat bernilai dalam usaha membangunkan negara.
Ini akan memberi kesan negatif kepada sektor kritikal negara sekiranya terdapat jurang kepakaran dan pengetahuan dalam kalangan mereka yang mengambil alih peranan serta tugasan ditinggalkan.
Walaupun pekerja baharu boleh diambil untuk menggantikan individu bersara awal, usaha melatih akan memakan masa, termasuk bagi membolehkan mereka mempelajari pelbagai kemahiran baharu serta melengkapkan diri dengan kebolehan menyelesaikan pelbagai masalah mengambil kira cabaran global dihadapi dalam fasa pascapandemik, termasuk ketidaktentuan geopolitik antarabangsa.
Pada masa sama, pelanggan meletakkan harapan tinggi terhadap kualiti perkhidmatan diberikan organisasi hingga pekerja baharu dilantik sudah tentu menerima tekanan dengan harapan berkenaan.
Firma analisis antarabangsa, Gallup dalam kajiannya mendapati kos menggantikan seorang pekerja boleh mencapai kadar dua kali ganda gaji tahunan pekerja digantikan, manakala The Society for Human Resource Management (SHRM) melaporkan kos hampir enam hingga sembilan bulan gaji pekerja untuk menggantikan seorang pekerja berhenti.
Lebih kritikal, majikan akan kehilangan bakat yang selama ini membantu organisasi berada dalam kedudukan kompetitif dalam perniagaan atau memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
Sasaran negara untuk mencapai pertumbuhan produktiviti sebanyak 3.6 peratus pada tahun ini seperti diunjurkan Perbadanan Produktiviti Malaysia juga boleh terjejas sekiranya golongan profesional berkemahiran tinggi memilih untuk bersara awal daripada sektor kritikal seperti industri berintensifkan teknologi.
Persaraan awal penjawat awam berpengalaman di kementerian atau agensi bertanggungjawab membawa masuk pelaburan asing dan menyediakan ekosistem perniagaan kondusif juga boleh menjejaskan pencapaian produktiviti disasarkan.
Selain itu, sekiranya golongan profesional bersara awal memilih untuk bekerja di luar negara, ia menyumbang kepada penghijrahan bakat ke luar negara yang amat merugikan kerana pelaburan ke atas mereka selama ini dalam bentuk dana pendidikan dan latihan akan menjadi sia-sia.
Menurut kajian Emir Research, penghijrahan bakat Malaysia berkembang pada kadar purata 6 peratus setahun dalam tempoh beberapa dekad lalu, sekali gus menjangkakan lebih dua juta rakyat Malaysia tinggal dan bekerja di luar negara, termasuk hampir 500,000 golongan profesional berkemahiran tinggi.
Kita juga dikejutkan dengan kenyataan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menganggarkan lebih 10,000 guru membuat pilihan bersara awal setiap tahun kebelakangan ini. Walaupun angka dilaporkan masih diperdebatkan, persaraan awal dalam kalangan guru amat merugikan negara kerana mereka menjadi tonggak pembangunan modal insan masa hadapan.
Kita juga mendengar trend persaraan awal dalam kalangan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang semakin meningkat hingga boleh menjejaskan mutu perkhidmatan ditawarkan kepada rakyat. Media pernah melaporkan seramai 2,446 anggota polis memilih bersara awal pada 2018 yang jumlah itu hampir separuh daripada keseluruhan 5,000 pegawai serta anggota bersara bagi tahun terbabit.
Trend persaraan awal juga mungkin berlaku dalam sektor perkhidmatan awam negara yang lain hingga memerlukan satu tinjauan perlu dilakukan untuk mendapatkan gambaran menyeluruh mengenai situasi sebenar.
Namun, kita perlu bertindak secara matang ketika memperhalusi fenomena persaraan awal ini, iaitu tidak terus menekan butang panik apabila membaca laporan berkaitan trend persaraan awal dalam kalangan golongan profesional dalam sektor tertentu hingga membuat kesimpulan pramatang tidak disokong data secukupnya.
Justeru, pihak berkepentingan perlu membuat analisis komprehensif apabila berlaku trend peningkatan permohonan persaraan awal ketara dalam sektor kritikal penting untuk pembangunan negara.
Analisis trend mencakupi perkara seperti sektor dan jabatan terbabit, lokasi, kategori serta jenis pekerjaan, jumlah permohonan, jantina dan umur pemohon, sebab bersara awal, pendapatan isi rumah, status perkahwinan, latar belakang keluarga, perancangan masa hadapan dan sebagainya perlu diteliti agar kita mendapat gambaran jelas mengenai isu ini.
Persaraan awal sekiranya atas sebab tekanan kerja perlu diberikan perhatian sewajarnya kerana ia boleh menjejaskan kesihatan mental pekerja yang boleh membawa kemudaratan dalam jangka panjang.
Dalam isu seperti ini, latihan berkaitan perlu diberikan agar mereka mampu berhadapan tekanan akibat bebanan kerja dan harapan masyarakat. CUEPACS pernah melaporkan lebih 21,000 pekerja bersara awal disebabkan masalah tekanan di tempat kerja pada 2018.
Dari satu lagi sudut, lebih ramai pekerja bersara awal lebih banyak pengisian jawatan perlu dilakukan. Ini bermakna lebih ramai pesara berpencen (bagi memilih opsyen berpencen) secara pilihan dan wajib boleh dijangkakan pada masa hadapan, terutama dengan peningkatan jangka hayat dan penduduk lebih tua di negara ini menjelang 2030.
Berdasarkan unjuran penduduk 2010-2040, Malaysia dijangka mengalami penuaan penduduk pada 2030 dengan penduduk berusia 60 tahun ke atas mencecah 15.3 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk. Ini memerlukan lebih banyak peruntukan dibuat untuk pembayaran pencen pada masa hadapan, justeru menambahkan lagi beban kewangan kerajaan kerana dijangkakan bayaran pencen akan mencecah RM46.6 bilion pada 2030 berbanding 2019 (RM28 bilion).
Dengan peningkatan jangka hayat rakyat Malaysia berada pada purata 75 tahun, negara rugi besar sekiranya tidak dapat terus memanfaatkan kepakaran dan pengalaman mereka bersara awal, terutama daripada kategori golongan profesional. Justeru, usaha berterusan perlu dibuat untuk mengekalkan mereka dalam perkhidmatan untuk jangka panjang kecuali persaraan awal atas sebab tidak dapat dielakkan seperti masalah kesihatan kronik.
Langkah menyemak semula skim perkhidmatan dan perjawatan sedia ada, termasuk skim gaji serta elaun boleh dilakukan agar ia menjadi lebih menarik dan kompetitif. Majikan juga perlu membuat penambahbaikan ke atas perkara seperti skop dan beban kerja serta persekitaran kerja agar pekerja dapat bekerja dalam suasana lebih kondusif dan tidak menekan mereka.
Selain itu, majikan perlu menyediakan ekosistem menyokong pembangunan dan kemajuan kerjaya pekerja, sekali gus mewujudkan sistem sokongan moral membantu pekerja mencapai kesejahteraan psikologi.
Penulis adalah Pensyarah Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan, Universiti Utara Malaysia (UUM)
© New Straits Times Press (M) Bhd
News Related
-
Wan Roslan (left) pointing out the features of the Bukit Merbau Sports Complex to Mustapa. – Bernama PASIR PUTEH: The Bukit Merbau Sports Complex will be among the venues for Sukan Malaysia (Sukma) 2026 in Kelantan, with the main stadium to have a 20,000-spectator capacity and complete with a football ...
See Details:
Kelantan's RM256mil Bukit Merbau sports complex to have 20,000-seat main stadium
-
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim KUALA LUMPUR: PKR hari ini mengumumkan pelantikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pahang bagi penggal 2022-2025. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam muat naik di laman Facebooknya turut memaklumkan, Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Nik Nazmi ...
See Details:
Amirudin dilantik Pengerusi MPN Pahang, Nik Nazmi jaga Terengganu dan Kelantan
-
Meet the Kumaars: On life, love, family and being Malaysian in America! I SHOULD have expected this. The entire package deal. Squealing, pink-cheeked boys, a smiley grandmother and, of course, the very familiar couple most Malaysians are acquainted with, emerge from the black MPV that rolls up next to my ...
See Details:
Meet the Kumaars: On life, love, family and being Malaysian in America!
-
Ketua Warisan Perak S Sunther, berkata hanya segelintir sahaja ahli parti di negeri itu keluar dengan kebanyakan mereka sebenarnya bukan ahli. PETALING JAYA: Ketua Warisan Perak S Sunther menafikan dakwaan kononnya terdapat kira-kira 600 ahli daripada lapan bahagian di negeri itu mengisytiharkan keluar parti kerana hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan. ...
See Details:
Gelar Sunther ‘orang luar’, ketua Warisan Perak nafi 600 ahli keluar parti
-
Trump makes yet another hint at his intention to seek re-election WASHINGTON: Former US President Donald Trump has once again hinted that he plans to run for president again in 2024. “I ran twice. I won twice and did much better the second time than I did the first getting ...
See Details:
Trump makes yet another hint at his intention to seek re-election
-
From barren land to hidden gem: Welcome to Mangala Resort and Spa! THE Loch Ness monster? What?! I shoot up with a start from my cosy perch on the synthetic rattan chair, the book on my lap dropping with a loud thud onto the wooden deck. Squinting hard into the ...
See Details:
From barren land to hidden gem: Welcome to Mangala Resort and Spa!
-
AUG: 49 gold, a job well done by Malaysian contingent UBON RATCHATHANI, Thailand: Congratulations are in order to the Malaysian contingent for a job well done at the 20th Asean University Games (AUG). The initial target was 35 gold, then changed to 45 but when the curtains came down on ...
See Details:
AUG: 49 gold, a job well done by Malaysian contingent
-
Lawn bowlers have some explaining to do BIRMINGHAM: Fairul Izwan Abdul Muin’s failure to win a medal on Saturday in the men’s singles summed up a quiet campaign for the national lawn bowls team at the Birmingham Commonwealth Games. Fairul fell just short in his bid to become the first ...
See Details:
Lawn bowlers have some explaining to do
-
Lawn bowlers have some explaining to do BIRMINGHAM: Fairul Izwan Abdul Muin’s failure to win a medal on Saturday in the men’s singles summed up a quiet campaign for the national lawn bowls team at the Birmingham Commonwealth Games. Fairul fell just short in his bid to become the first ...
See Details:
Rexy left speechless by Aaron-Wooi Yik's disastrous result
-
Lawn bowlers have some explaining to do BIRMINGHAM: Fairul Izwan Abdul Muin’s failure to win a medal on Saturday in the men’s singles summed up a quiet campaign for the national lawn bowls team at the Birmingham Commonwealth Games. Fairul fell just short in his bid to become the first ...
See Details:
Police deny racial incident at Sungai Petani
-
Lawn bowlers have some explaining to do BIRMINGHAM: Fairul Izwan Abdul Muin’s failure to win a medal on Saturday in the men’s singles summed up a quiet campaign for the national lawn bowls team at the Birmingham Commonwealth Games. Fairul fell just short in his bid to become the first ...
See Details:
Kick out, blacklist those abusing PPR ownership conditions
-
Lawn bowlers have some explaining to do BIRMINGHAM: Fairul Izwan Abdul Muin’s failure to win a medal on Saturday in the men’s singles summed up a quiet campaign for the national lawn bowls team at the Birmingham Commonwealth Games. Fairul fell just short in his bid to become the first ...
See Details:
Edar dadah: Penganggur dihukum gantung sampai mati
-
Lawn bowlers have some explaining to do BIRMINGHAM: Fairul Izwan Abdul Muin’s failure to win a medal on Saturday in the men’s singles summed up a quiet campaign for the national lawn bowls team at the Birmingham Commonwealth Games. Fairul fell just short in his bid to become the first ...
See Details:
AMAR rakan strategik SPRM, sebar mesej antirasuah pada mahasiswa
-
Lawn bowlers have some explaining to do BIRMINGHAM: Fairul Izwan Abdul Muin’s failure to win a medal on Saturday in the men’s singles summed up a quiet campaign for the national lawn bowls team at the Birmingham Commonwealth Games. Fairul fell just short in his bid to become the first ...
See Details:
Bomb blast in Narathiwat leaves one dead, two injured
OTHER NEWS
JBPM director-general Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid (centre) during the Terengganu JBPM Excellent Service and 30 Years of Service Award Ceremony for the Year 2021. – BERNAMA KUALA NERUS – ...
Read more »
A 51-year-old man died while climbing Mount Kinabalu at Kundasang, Ranau this afternoon. KOTA KINABALU – A 51-year-old man died while climbing Mount Kinabalu at Kundasang, Ranau this afternoon. The ...
Read more »
Sarawak DAP chief Chong Chieng Jen (left) said PSB president Wong Soon Koh had initially agreed that PSB candidates would use the DAP logo for the general election. PETALING JAYA: ...
Read more »
GAMBAR perkahwinan Abdul Hamid tular di media sosial. FOTO tular bhnews@bh.com.my KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengakhiri zaman dudanya selepas melangsungkan perkahwinan dengan pegawai ...
Read more »
Dr Wee tries his hand at flipping burgers during a walkabout in Taman Kota Yong Peng. PETALING JAYA: A solution to any issue raised by the public will be sought ...
Read more »
Pemain beregu wanita, Pearly Tan- M Thinaah ketika beraksi menentang wakil India, Jolly Treesa-Pullela Gayatri Gopichand pada aksi badminton separuh akhir Sukan Komanwel 2022 di NEC, Birmingham hari ini. – ...
Read more »
Aksi beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik ketika menentang wakil England, Ben Lane-Sean Vendy pada saingan separuh akhir Sukan Komanwel Birmingham 2022 di NEC, Birmingham, hari ini. – Foto ...
Read more »
Women’s doubles players Pearly Tan-M Thinaah booked a place in the final by defeating Jolly Treesa and Pullela Gayatri Gopichand of India in the Commonwealth Games badminton semi-final. (Bernama pic) ...
Read more »
Anggota bomba mengeluarkan mangsa terbabit dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Sungai Choh, Hulu Selangor, hari ini. (Gambar Bomba) PETALING JAYA: Seorang warga emas maut, manakala enam lagi cedera ...
Read more »
AKSi Tze Yong hari ini. FOTO Bernama arullah@bh.com.my Birmingham: Jaguh badminton perseorangan negara, Ng Tze Yong akan membuat perhitungan dengan bintang India, Lakshya Sen bagi perebutan pingat emas Sukan Komanwel ...
Read more »
KEADAAN dua daripada tiga kenderaan yang terbabit kemalangan. FOTO Ihsan Bomba am@hmetro.com.my Hulu Selangor: Wanita warga emas maut, seorang parah dan lima cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan ...
Read more »
Pemain Brighton, Pascal Gross (tengah) menjaringkan gol kedua pasukannya ketika aksi EPL menentang Manchester United di Old Trafford, Manchester. – AFP LONDON: Pascal Gross meledak dua gol ketika Brighton menghadiahkan ...
Read more »
Perseorangan badminton lelaki, Ng Tze Yong, dan beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah, menghidupkan peluang menambah koleksi emas negara, pada Sukan Komanwel Birmingham 2022. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Pemain perseorangan ...
Read more »
Bersatu vice-president Ronald Kiandee said Perikatan Nasional was committed towards maintaining political stability. PETALING JAYA: A Bersatu leader has reiterated Perikatan Nasional’s continued support for the government of Prime Minister ...
Read more »
AKSI Aifa (dua kanan) dan Rachel hari ini. FOTO Reuters arullah@bh.com.my Birmingham: Hajat dua beregu wanita skuasy negara mara ke final temasya Sukan Komanwel 2022 di sini, hari ini sekali ...
Read more »
Ismail Ahmad cedera di kepala dan tangan kiri selepas dilibas pedang kerana menegur lelaki tunggang motosikal secara berbahaya tapak projek perumahan, Bukit Banyan, Sungai Petani. (Gambar Facebook) PETALING JAYA: Seorang ...
Read more »
Penunggang Itali, Francesco Bagnaia (kanan) mencabar pelumba Sepanyol, Alex Rins ketika saingan Grand Prix British di Silverstone. – EPA SILVERSTONE, United Kingdom: Penunggang Itali, Francesco Bagnaia menang perlumbaan MotoGP British ...
Read more »
Mangsa yang tidak sedarkan diri diberi bantuan pernafasan sebelum dibawa turun dari Gunung Kinabalu. FOTO Ihsan Bomba am@hmetro.com.my Ranau: Seorang lelaki meninggal dunia ketika mendaki Gunung Kinabalu dalam kejadian di ...
Read more »
TAMPOI FC meraikan kemenangan mereka. FOTO Nazri Abu Bakar sukan@hmetro.com.my Melaka: Pasukan Tampoi FC muncul juara Liga Divisyen 1 Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) selepas menewaskan MBMB Warriors FC 2-1 ...
Read more »
Aksi pemain perseorangan negara, Ng Tze Yong ketika menentang Srikanth Kidambi pada saingan separuh akhir badminton Sukan Komanwel 2022 di NEC, Birmingham, hari ini. – Foto BERNAMA. arullah@bh.com.my BIRMINGHAM: Jaguh ...
Read more »
51-year-old dies during Mt Kinabalu climb RANAU: A 51-year-old Malaysian was pronounced dead while climbing Mount Kinabalu here. Sabah Fire and Rescue Department received a distress call at 1.23pm for ...
Read more »
Slashed Sg Petani security guard succumbs to injuries, say cops SUNGAI PETANI: A security guard who was injured after being slashed by a group of men at a construction site ...
Read more »
Tengku Permaisuri Norashikin menyempurnakan Majlis Penutup Karnival Kuala Selangor 2022 sempena ulang tahun pertama MPKS di Dragonfly Park, Eco Grandeur, Bandar Puncak Alam, malam ini. NSTP/AMIRUL AIMAN HAMSUDDIN bhnews@bh.com.my KUALA ...
Read more »
Mohamad Nor Haikal memenangi pingat emas. FOTO Agensi sukan@hmetro.com.my Kuala Lumpur: Atlet Malaysia berjaya memenangi dua pingat emas dalam Kejohanan E-Sukan Komanwel bagi acara eFootball (Terbuka) dan Dota 2 (Wanita). ...
Read more »
Malaysian, 51, dies during Mt Kinabalu climb KOTA KINABALU: A 51-year-old Malaysian has died while climbing up Mount Kinabalu on Sunday (Aug 7). The man was reported as unconscious at ...
Read more »
Ketua DAP Sarawak, Chong Chieng Jen berkata, Presiden PSB, Wong Soon Koh pada awalnya bersetuju untuk menggunakan logo DAP dalam PRU15. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: DAP Sarawak mengesahkan rundingan dengan ...
Read more »
Aksi beregu skuasy negara, Aifa Azman (dua kanan) dan Rachel Arnold (tiga kanan) ketika bertemu beregu England, Sarah-Jane Perry and Alison Waters pada aksi separuh akhir pada temasya Sukan Komanwel ...
Read more »
Idris ketika hadir pada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Negeri Perak di Bukit Merah Laketown Resort hari ini. bhnews@bh.com.my BAGAN SERAI: Konsulat Tabung Haji Malaysia di Jeddah, sudah diminta mengesan ...
Read more »
Photo for illustration purpose only – Source: 123RF JOHOR BAHRU – Two auxiliary policemen on duty at a shopping centre here were arrested for allegedly extorting a couple yesterday. South ...
Read more »
Keadaan satu daripada tiga kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Sungai Choh menghala Bukit Sentosa menyebabkan seorang maut dan enam yang lain cedera termasuk satu parah. – Foto ihsan Bomba bhnews@bh.com.my ...
Read more »
Rakyat Palestin menyelamatkan harta benda dari runtuhan rumah berikutan serangan udara Israel di Bandar Gaza. – Foto AFP GAZA/BAITULMAQDIS: Israel dan pejuang Palestin bersetuju melaksanakan gencatan senjata di Gaza mulai ...
Read more »
E-hailing, p-hailing riders claim they earn less after Covid-19 pandemic KUALA LUMPUR: E-hailing and p-hailing riders today admitted that there have been slight changes in their payout by food and ...
Read more »
Ahli Parlimen Parit, Nizar Zakaria (berbaju batik unggu) dari Umno hadir pada mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) di Parlimen sebelum sidang media pengumuman hasil laporan projek kapal tempur pesisir ...
Read more »
Ex-IGP marries museum cop KUALA LUMPUR: Former Inspector-General of Police (IGP) Tan Sri Abdul Hamid Bador tied the knot with another police officer in a ceremony yesterday. Abdul Hamid, 64, ...
Read more »
Saraleana Nattaya Azmi georgie@hmetro.com.my Kuala Lumpur: Selepas empat hari tayangan, filem Gadis Jolobu The Movie mendapat sambutan memberangsangkan walaupun turut dikritik netizen. Penerbit Eksekutif Zebra Studio yang menerbitkan filem itu, ...
Read more »
Britain calls for ‘swift end’ to Gaza violence LONDON: Britain on Saturday called for a swift end to the violence in the Gaza Strip, the worst escalation in hostilities since ...
Read more »
Wong Kah Woh, chairman of the Public Accounts Committee, urged Najib Razak to read the full report on the LCS project. PETALING JAYA: Public Accounts Committee chairman Wong Kah Woh ...
Read more »
Kapal tentera Taiwan membuat rondaan berhampiran pantai timur di daerah Yilan hari ini. – Foto AFP TAIPEI: Kapal perang China dan Taiwan memantau pergerakan masing-masing secara dekat hari ini, menjelang ...
Read more »
KETUA Pegawai Eksekutif Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Khamal Idris Ali. FOTO Izzali Ismail sukanteam@nstp.com.my Alor Setar: Pihak pengurusan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) tampil memberi penjelasan disebalik ...
Read more »
Tengku Ahmad Badli menyerahkan replika kad Takaful Kasih kepada Abdul Rahman sambil disaksikan oleh Haslina – Foto ihsan Agrobank bhbiz@nstp.com.my KUALA LUMPUR: Agrobank hari ini menyerahkan replika kad Takaful Kasih ...
Read more »